Thursday, January 28, 2010

Sifat-sifat Allah

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله به نستعين نحمده ونصلى ونسلم على رسوله الكريم نحمده ونستعينه ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهد الله فلا مضل له ومن يضلله فلاهادى له أشهد ان لااله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد ان محمدا عبده ورسوله أما بعد فقال الله فى كتابه الكريم أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم ٱنظُرۡ ڪَيۡفَ ضَرَبُواْ لَكَ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ فَضَلُّواْ فَلَا يَسۡتَطِيعُونَ سَبِيلاً۬ صدق الله العظيم وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم تركت فيكم أمرين لن تضلوا ابدا قيل ما هو يارسول الله قال كتاب الله وسنتى او كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم وصدق رسوله تعالى

ألسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Sabda Nabi Saw.
أول الدين معرفة الله
Awal Agama Mengenal Allah


Sifat pada ta'bir alam itu nyata

Apa pendapat tuanhamba tentang ilmu tauhid? Biar perhamba menjawabnya. Adapun ilmu tauhid itu ialah mengesakan zat Allah, sifat-sifatNya, perbuatanNya dan mengesakan namaNya yang Maha Agung.

Keterangan

Ramai yang membicarakan tauhid. Tetapi tauhid yang sempurna itu tidak dapat dipelajari dengan belajar kitab sahaja.


Erti tauhid ialah 'mengesakan' dari perkataan
وحد ertinya ‘sa’ dan ‘satu’ bererti ‘sa itu’.

Tidak mengapa kalau permulaan kita belajar berbicara, biar tepat bicara kita sebagai yang dikehendaki maksud tauhid itu. Firman Allah Taala


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَقُولُواْ قَوۡلاً۬ سَدِيدً۬ا (٧٠) يُصۡلِحۡ لَكُمۡ أَعۡمَـٰلَكُمۡ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۗ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ فَقَدۡ فَازَ فَوۡزًا عَظِيمًا (٧١) 

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat (benar dalam segala perkara). (70) Supaya Dia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan." (71)

Bagaimana pendapat anda tentang dalil wujud Allah ialah alam ini? Maka jika tidak ada alam ini adakah tidak ada Allah? Apa pendapat anda tentang alam ini? Beri saya menjawabnya dan saya sendiri menerangkan sejelas-jelasnya dan senyata-nyatanya.

Kita biasa mendengar pelajaran tauhid di sekolah-sekolah tentang sifat 20 dan dalil-dalilnya. Bagaimana makna Tauhid boleh mengharuskan pembahagian? Padahal maknanya ialah mengesakan segala sifat-sifat Allah maka bagaimana pula sifat Allah menjadi berbilang-bilang?

Apakah pendapat anda tentang alam ini sedangkan makna Kalimah Tauhid ialah 'Tiada yang wujud dengan sebenar-benarnya melainkan wujud Allah'? Alam ini wujud ataukah tidak? Bagaimana boleh wujud alam ini di samping wujud Allah? Nescaya jadilah dua wujud padahal kita hanya mengesakan sifat wujud Allah sahaja.

Jawapannya yang ringkas dan sempurna ialah alam ini iaitu kuasa dan kehendakNya semata-mata serta takluk kepada sifat harus Allah Taala yang satu itu. Jika kita terlalu menghuraikannya dengan alam ini demikian itu dan ini, nescaya Kalimah Tauhid itu menjadi kurang sempurna kerana ia perlu dihuraikan lagi.

Kebanyakan kita memisah-pisahkan sifat-sifat Allah kerana banyak sangat huraiannya, tanpa disedari kita menolak Keesaan dengan menolak satu sifat harus Allah. Dalam Sifir Tauhid, 50 tolak 1 jawapannya 0 (kosong) dan sendirinya akidah kita rosak.

Pada zaman hayat Rasulullah Saw. tidak ada huraian-huraian tersebut. Mereka dahulu hanya mentauhidkan Allah dengan sedikit huraian iaitu dari Surah Qulhuwallahu Ahad/Surah Al-Ikhlas. Selebihnya tauhid mereka semakin mantap dengan mengalami beberapa pengalaman manis dalam ujian keimanan seperti ketakutan, kelaparan, kehilangan harta benda dan ahli keluarga dan kemelesetan ekonomi dan sebagainya. Melalui pengalaman itulah tauhid atau iman mereka bertambah mantap, bukan dengan huraian kata-kata.

Kemantapan ilmu boleh diperolehi melalui tiga perkara 1) Ingat 2) Faham 3) Mendapat taufik untuk mengamalkannya. Jika tidak nyata lagi kefahaman kita tentang sifat-sifat Allah Taala, hendaklah kita tanya kepada ahli zikir kerana mereka mengenal Allah (nya + ta, jika tidak, maka ta + nya). ‘Tak kenal maka tak cinta’. Oleh kerana mereka cinta Allah maka lidah mereka dengan sendirinya suka menyebut nama Allah.

Firman Allah Taala

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا مِن قَبۡلِكَ إِلَّا رِجَالاً۬ نُّوحِىٓ إِلَيۡہِمۡ‌ۚ فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ (٤٣)

Ertinya “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada ahli zikir (orang-orang yang berpengetahuan agama) jika kamu tidak mengetahui. (43)” An-Nahl

Kesimpulan

Untuk mendapat kemantapan dan kesempurnaan tauhid ialah dengan melalui ujian dalam kehidupan, bukan ujian bertulis untuk lulus peperiksaan sahaja.


Kalimah Yang menghimpunkan Ilmu Tauhid

Apakah kalimah yang menghimpunkan ilmu tauhid? Biar perhamba menjawabnya "Kalimah yang menghimpunkan ilmu tauhid ialah kalimah Lailaha illallah لااله إلا الله


Keterangan

Kalimah Lailaha illallah ialah juga dinamakan Kalimah Tauhid iaitu kalimah yang sempurna. Ia juga dinamakan Kalimah Iman dan Kalimah Ikhlas.

Ramai yang belajar ilmu Tauhid dan cuba menghafal sifat 20 seperti menghafal sifir. Mereka menghafal 20 sifat wajib, 20 sifat mustahil dan satu sifat harus, kemudian menghuraikan dalil-dalil aqli dan naqli tetapi belum tentu mereka dapat mentauhidkan Allah dengan sempurna.

Namun ada setengah manusia yang dianugerahkan 'cerah hati' dan bijaksana dapat mengiktiqadkan Tauhid dengan mempelajari sifat 20 dahulu, kemudian mereka bersedia untuk diuji oleh Allah Taala supaya dapat memastikan mereka benar-benar sabar dan memperolehi sebahagian iman dan supaya dapat memastikan mereka benar-benar berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan akidah mereka sekali pun mereka diugut untuk dibunuh.

Barulah sah Rukun Syahadah yang empat 1) mengistbatkan ketunggalan/keesaan zat Allah 2) mengistbatkan ketunggalan/keesaan sifat-sifat Allah 3) mengistbatkan ketunggalan/keesaan perbuatan/af’al Allah 4) mengamalkan yakni menyakini.

Maka Rukun yang tersebut, jika tidak cukup walaupun satu darinya, jawapannya kosong (4 tolak salah satu = 0). Inilah Sifir Tauhid

Sebenarnya saya bukan nak menerangkan atau menghuraikan sifat 20 kerana ia sudah biasa didengar dan telah diketahui pun oleh ramai orang, tetapi saya hendak menjelaskan perbezaan antara Tauhid yang kosong dari pengertian tauhid dan Tauhid yang sempurna.

Perbezaannya ialah ; orang yang tidak sempurna tauhidnya berdalil dengan alam ini untuk mengenal Allah manakala tauhid yang sempurna iaitu berdalil dengan Allah untuk mengenal Allah dan juga alam ini.

Lagi perbezaannya ; orang yang tidak sempurna tauhid mengiktiqadkan(mempunyai kefahaman) tauhid dengan menafikan sifat mustahil dan mengistbatkan sifat wajib bagi Allah Taala.

Orang yang sempurna tauhid mengiktiqadkan tauhid dengan menafikan sifat yang berlawanan dengan dua penafian samada menafikan sifat wajib yang tidak layak bagi Allah Taala atau pun yang berlawanan dari sifat Allah yang mustahil, kemudian mengistbatkan keesaan Allah Taala dengan tiada lawanan, tiada bandingan dan tiada sekutu baginya oleh sesuatu pun.

Perkara yang paling penting di sini ialah bagaimana sesuatu yang berbilang-bilang mampu untuk diesakan dengan kefahaman ‘Satu dalam banyak dan banyak dalam satu’. Bukan mudah juga untuk memahaminya kalau tidak diberi taufik oleh Allah Taala supaya kita jangan mensyirikkanNya.

Kesimpulan

Cuba anda lihat sifir ini (1 x ½ x 2 x¹/3 x 3 x 20 x ¹/20 = 1). Bukankah mudah hendak memahami 'satu dalam banyak dan banyak dalam satu'?










التوحيد

Huraian tentang kitab Tauhid yang disusun oleh Mohammad bin Abdul Wahab

2)Bicara Muamalat