Wednesday, February 3, 2010

Bicara Muamalat

Muamalat

Fikh Muamalat (Hukum mempelajarinya)



Mempalajari dan memahami Muamalat Islam adalah wajib ke atas orang-orang Islam yangmempunyai harta melebihi had keperluan asas untuk dirinya dan keluarganya, begitu juga ke atas peniaga-peniaga walau pun memiliki sebuah perniagaan yang kecil.

Tujuannya ialah supaya jangan berlaku pengkhianatan, penginayaan dan penyalahgunaankuasa ke atas harta yang bukan miliknya. Oleh itu perundangan Islam hendaklah dikuatkuasakan ke atas hakmilik individu umat Islam.

Ada orang yang beranggapan bahawa perundangan Islam itu sukar untuk dilaksanakan pada zaman ini oleh kerana perundangan sivil lebih dominan. Kenyataannya, kenapa pada zaman moden ini hak asasi rakyat miskin tertunda? Apabila ada di kalangan mereka yang cuba menuntut dan terdapat banyak kerumitan di sebelah pihak dalam menanganinya bersama perundangan sivil.

Kes-kes yang tidak dapat diselesaikan selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun sehingga terpaksa menggadaikan barang-barang berharga, malah masih lagi menambah hutang. Tidakkah ada seorang pun yang tampil untuk mempertahankan hak mereka yang terinaya itu?

Syariat Islam telah menjadikan zakat dan sedekah itu sebagai penyelesaiannya seperti Asnab Gharim (orang-orang yang terhutang kerana banyak mengalami kerugian), tetapi zakat dan sedekah itu juga telah diseleweng­kan kerana tidak ada lagi orang yang beramanah dan mempunyai iman yang tulen.

Zaman kini tidak ada lagi Jaksa Pendamai (Sulh) seperti pada zaman Islam terdahulu yang memainkan peranan di dalam tugasnya menyelesaikan setiap krisis selama tiga hari. Di kalangan Jaksa Pendamai itu terdapat pula Penjamin-penjamin Harta dengan tata perundangan Islam yang betul.

Umat Islam jelasnya telah hanyut dibawa arus kemodenan dan masing-masing sibuk untuk menyelamatkan diri dari ditimpa kemiskinan. Sedih sekali dan amat menyayatkan hati, Al-Quran dan Al-hadis adalah ibarat arkib sejarah yang usang dan jarang-jarang dikunjungi di tengah-tengah kotaraya.

Umat Islam sebenarnya masih ramai meraba-raba di dalam kejahilan mencari penyelesaian ekonomi. Akhirnya mereka berpegang kepada idealogi baru yang akan menambah lagi kesibukan dalam hal menambah rezki sehingga mengabaikan segala perintah dalam agama.

Sesungguhnya Allah telah menjamin rezki bagi mereka yang mentaati hukum-hukum muamalat Islam dan lain-lain perintah agama. Allah akan memudahkan mereka mencapai segala matlamat dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru kesibukan. Ibarat ayam didik yang jinak makan di atas telapak tangan tuannya berbanding dengan ayam liar yang terbiar mengais rezki di merata semak dan akhirnya ditelan biawak lapar.


Pendapat tentang harta yang berlebihan


Ahli-ahli Sufi berpendapat, berlebih-lebihan kepada perkara-perkara harus akan menjerumuskan seseorang kepada yang haram. Semua perkara harus mempunyai had sempadan yang dibolehkan. Contohnya makanan yang halal jika dimakan berlebihan sehingga berbahaya kepada kesihatan adalah haram.

Satu kaedah untuk mengelakkan diri dari terjerumus kepada yang haram pada ketika didapati harta yang diharuskan itu melebihi hadnya ialah sedekah, samada sedekah wajib atau pun yang sunnat. Satu kaedah yang lain ialah “Tafriqus Safaqah” iaitu mengagih-agihkannya kepada sesuatu yang harus juga.

Contohnya, seorang itu mempunyai wang melebihi keperluan semasa mengikut taraf hidup masa kini. Dia mempunyai pendaptan bulanan RM7000. Taraf hidup kini ialah RM3000. Sudah tentu dia akan menyimpan wang sebanyak RM5000 setiap bulan. Had yang diharuskan baginya ialah mencukupi keperluan asasnya iaitu RM3000 sahaja

Apabila mencukupi nisab zakat simpanannya selama setahun, dia pun menyelesaikan zakat simpanannya yang wajib itu tetapi dia memiliki banyak lagi wang simpanan yang tidak dimanfaatkan. Hukum bagi seseorang yang melakukan sesuatu yang disia-siakan adalah makruh dan jika perkara makruh itu berkekalan, ia akan menjadi haram.
Kemudian dia hendaklah mengagih-agihkan wang simpanannya itu kepada beberapa bahagian yang diharuskan juga(Tafriqus safaqah) seperti ;

1.Mewujudkan sebuah perniagaan untuk membantu orang lain dengan upahan dan sebagainya di samping dia juga mendapat keuntungan.

2.Mendirikan penempatan untuk sewaan dan jika fakir miskin yang tidak mampu melangsaikan sewaan tersebut maka diberi percuma sahaja.

3.Jika perlu, wangnya itu dijadikan insurans(Dhomin) untuk sistem-sisten Muamalat yang lain seperti Mudharabah, Murabaha, hawalah dan sebagainya untuk membantu orang lain.

Jika dia ingin mendapat ganjaran akhirat, maka hendaklah dia menafkahkan wang simpanannya untuk perkara-perkara sunnat seperti wakaf, sedekah, hadiah, hibah dan lain-lain dan hendaklah disertai dengan niat. Niat addalah dikiaskan untuk semua hukum-hukum ibadat.

Takrif Perniagaan

Hukum perniagaan pada asalnya adalah harus atau halal (dalam istilah lain). Allah Taala berfirman ;

" Dan Allah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba."

Makna perniagaan pada bahasa ialah suatu pekerjaan yang dilakukan dengan cara membeli dan menjual. Pada istilah pula iaitu perniagaan ialah penukaran milik dengan gantian di antara dua benda yang berlainan 'ain /jenis). Tukarganti itu terbahagi kepada 3 cara ;

I.Barangan dengan barangan.
II.Barangan dengan mata wang.
III.Mata wang dengan mata wang.

Perbezaan di antara perniagaan dan riba itu adalah seperti berikut ;

1.Perniagaan ialah tukarganti yang berdasarkan hukum syarak yang betul seperti aqad yang sah. Aqad ertinya persetujuan di antara dua pemilik yang bertukarganti dua benda yang berlainan 'ain dengan kadar yang dinilai itu melebihi salah satu di antara dua pihak umpamanya sekilogram gula dengan 3 kilogram garam. Hukumnya ialah halal.

2.Riba ialah tukarganti dua benda yang sama 'ainnya serta melebihi kadar salah satu di antara dua pihak dan setiap aqad yang tidak sah di sisi syarak. Hukumnya ialah haram.

Selain daripada riba itu terdapat beberapa manual yang sama tetapi dengan istilah dan bentuk yang berlainan seperti judi pertaruhan dan setiap penginayaan terhadap orang di bawahnya seperti mengurangkan hak dan menghina sesama Muslim.

1.Aqad dengan 'ain (tunai). 'Ain ertinya ialah urusniaga tunai dengan barangan yang dapat dilihat di hadapan dua orang yang beraqad di dalam majlis aqad. Tujuan majlis aqad ini ialah untuk membuat pilihan (Khiar) di antara dua pihak sehingga aqad itu disahkan.

+Khiar akan diteruskan selama majlis tidak bersurai. Gugur Khiar bermaksud tidak boleh membuat pilihan lagi atau tidak mahu membuat pilihan.

+Khiar Majlis bersurai dengan gugurnya khiar dan sahnya aqad.

Di antara penjual dan pembeli yang gugur khiamya dengan perkataan 'tidak setuju' membeli atau menjual, maka aqadnya tidak sah. Jika penjualan dan pembelian itu diteruskan juga, maka urusniaga tersebut adalah haram.

2.Aqad yang disifatkan dengan Zimmah (perjanjian) iaitu salah seorang di antara dua orang yang beraqad memberi tetapi belum menerima gantiannya (pembayaran). Gantian itu dilangsaikan pada masa-masa yang ditetapkan.

I.Dain (hutang) sehingga masa yang ditetapkan.
Caranya ialah melakukan penjualan dahulu daripada pembayaran dan pembayaran ditangguhkan.

II. Salaf (langganan) sehingga masa yang ditetapkan samada tunai atau pun hutang.
Pembayaran tunai terlebih dahulu dilakukan sekadar modal barangan dan pembeli akan menerima barangan sekali dengan pembayaran yang dilangsaikan berupa keuntungan.
Pembayaran itu dilakukan sekali dengan menerima barangan tetapi hendaklah membayar deposit terlebih dahulu sebagai tanda aqad (perjanjian). Jika tidak, aqad tersebut tidak sah.

3.Aqad secara Ghaib iaitu barangan yang tidak dilihat oleh orang yang beraqad pada majlis aqad.
Cara ini adalah tidak sah.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan barang-barang kemewahan yang memperdayakan serta menipu."

Ibnu 'Arafah berkata, erti 'memperdaya' iaitu mempersonakan pandangan pada zahirnya dan di dalamnya terkandung akibat yang tidak dapat diketahui baik buruknya. Perumpamaan ini adalah seperti baju yang dilipat cantik dan tersimpan. Keadaannya putih dan bersih, mempersonakan pada pandangan orang yang melihatnya tetapi apabila baju itu dibuka tersebar dan dipakai akhimya dipenuhi dengan kekotoran kerana terdedah kepada habuk.

Perniagaan yang mengandungi tipu muslihat ialah barang-barang yang dijual itu pada zahirnya cantik tetapi kualitinya tidak baik yang mengakibatkan rosak atau kurang manfaatnya. Oleh itu tidak harus jualan yang dilakukan dengan tidak diketahui dan diyakini kualitinya.

Di bawah ini diterangkan beberapa ciri yang menyebabkan penipuan di dalam perniagaan ;

a)menjual sesuatu yang tidak diyakini adakah wujud atau tidak umpamanya menjual buah-buahan yang belum jadi di sebatang pohon kerana kita tidak pasti bahawa pohon itu akan berbuah atau tidak, elok atau busuk dan tidak diketahui kuantitinya.

b)menjual sesuatu yang tidak dimiliki umpamanya menjual burung yang terbang di udara atau menjual ikan di dalam air yang tidak diketahui kuantiti dan kualitinya.

c)menjual sesuatu yang tidak tetap hakmilik seperti harta pusaka yang belum dibahagi-bahagikan atau sesuatu yang sedang berpindah milik tetapi belum sempurna pemindahan milik itu kepada seseorang kerana hutang yang belum selesai umpamanya.

d)menjual kereta yang belum selesai bayaran ansurannya kerana belum sempurna kereta itu menjadi hakmiliknya yang tetap.

e)menjual secara hutang yang tidak ditentukan tempoh masanya.

f)menjual sesuatu yang tidak diyakini atau tidak mampu mendapatkannya seperti kuda liar, hamba yang lari daripada tuannya dan barangan curi yang sedang berada di tangan pencuri.

g)menjual secara menyembunyikan kekurangan barangan samada kuantiti atau kualitinya yang tidak baik dan terlampau menyatakan kelebihan barangan tersebut.

h)menjual sesuatu yang tidak dilihat oleh pembeli umpamanya menjual tanah yang jauh dari pandangan pembeli kerana tanah itu belum dipastikan keluasannya dan tidak diketahui tempatnya.

i)menjual sesuatu yang tidak ditentukan jenis dan namanya yang tertentu dan daripadanya terdapat banyak penipuan. Umpamanya seorang itu menjual kuda dan tidak disebut nama dan jenis kudanya tetapi dia hanya mengatakan "Aku menjual kudaku yang berada di kandang Si Fulan itu."

j)menjual kepada orang buta. Biasanya orang buta akan tertipu.

k)menjual buah-buahan yang berkulit tebal seperti durian, petai, manggis dan sebagainya serta menjual padi pada tangkainya.

l)menjual sesuatu di dalam bungkusan yang tidak dapat dilihat kandungannya.

m)menjual binatang di dalam kandungan ibunya kerana tidak diketahui kemungkinan kembung perutnya itu kerana angin.

n)menjual barang-barang buangan kerana selalunya barang-barang itu telah rosak walaupun pada zahirnya masih elok.

o)menjual harta haram.

Perkara yang membatalkan aqad perniagaan dan perkara yang mengesahkannya
Apabila disyaratkan pada sesuatu perniagaan dengan beberapa syarat, hendaklah diperhatikan syarat-syaratnya mengikut situasi yang sesuai. Tidak ada syarat-syarat yang tertentu sahaja untuk sesuatu jualan atau belian.

Ada di antara syarat-syarat yang meluluskan jualan seperti syarat-syarat berhutang. Ada yang membatalkan aqad seperti barang-barang yang rosak apabila dikembalikan samada meluluskan jualan barang yang rosak itu atau sebaliknya. Pertimbangan di antara dua perkara adalah mengikut keredaan hati kedua-dua pihak samada meluluskan jualan tersebut atau membatalkannya.

a)menjual dengan sesuatu syarat yang menafikan bentuk-bentuk jualan dan faedah-faedahnya umpamanya menjual hamba dengan syarat pembeli tidak akan membebaskannya, menjual kain dengan syarat pembeli tidak boleh menjahit, menjual rumah dengan syarat pembeli tidak akan mendiaminya atau menjual kenderaan dengan syarat pembeli tidak boleh menggunakannya sehingga tempoh selesai hutang. Aqad jualan yang demikian tidak diluluskan oleh syarak (tidak sah).

b)percanggahan makna lafaz aqad atau terdapat perselisihan faham mengenai maksud aqad di antara ijab dan qabu1.

c)tidak tetap harga jualan pada lafaz aqad.

d)barang rosak yang dikembalikan tanpa khiar samada khiar majlis atau khiar syarat (granty).

e)menjual harta yang haram.

f)bercampur antara haram dan halal.

Apabila sesuatu aqad itu batal atau rosak, maka wajib dibayar gantirugi sebanyak yang dinilai ke atas kerosakan. Jika kerosakan berlaku setelah sah jualan pada mulanya dan telah sempurna hakmilik pembeli sedangkan barangan itu telah berada di tangan pembeli hal keadaan barangan itu masih elok kemudian barangan itu rosak, maka tidak harus diterima pengembalian itu kerana pembeli yang telah merosakkan barangan tersebut.

Pertimbangan ini dilakukan setimpal apabila tiada jaminan ke atas penjual. Jika barangan itu rosak di tangan penjual sebelum sempurna hakmilik pembeli, lalu pembeli tidak membuat pilihan (khiar) kemudian dia membeli juga tanpa mengetahuinya, maka setelah diketahui kerosakan itu wajib ke atas penjual membayar gantirugi barangan tersebut.

Apabila bercampur halal dan haram, maka yang haram itu diambil kira seperti menjual barangan yang harga seringgit itu dengan harga dua ringgit kerana bertambah yang seringgit itu adalah riba dan umpama menghimpunkan dua beradik dalam nikah seorang lelaki.

Sah aqad yang tidak ditetapkan gantiannya/bayaran seperti pajak gadai, sewa, hibah dan nikah. Selain daripada itu ialah jenis perniagaan yang wajib ditetapkan nilai harganya yang setimpal (harga kawalan), maka tidak sah dengan sesuatu yang bertambah atau bercampur haram tetapi sah harga yang berkurangan.

Ketetapan nilai harga ini adalah menurut uruf sesebuah negeri dan hendaklah dikawal oleh pihak berkuasa. Jika tidak, ia akan berlaku inflasi jika harga barangan itu tidak sejajar.
Sekiranya berhimpun jualan dan upahan atau jualan dan penukaran wang di sesebuah negeri, salah satu di antara keduanya itu ialah gantian bagi sesebuah negeri atau bagi hakmilik seseorang dalam masa yang sama, maka terdapat dua pendapat :

1.Batal kedua-duanya kerana hukum kedua¬duanya itu berbeza. Salah satu di antaranya itu akan melebihi dan batal kedua-duanya kerana berhimpun.

2.Sah kedua-duanya setelah bertukarganti, hendaklah dibahagikan di antaranya itu bersamaan dengan nilai mata wang salah sebuah negeri. Padanya tidak ada yang melebihi daripada percanggahan hukum kedua-duanya.

Contohnya seorang membeli barangan Thailand yang dijual di Malaysia dengan harga RM 8 = 80 Bath. Pembeli menyerahkan RM 10 dan penjual mengembalikan bakinya dengan wang Thailand sebanyak 20 Bath kerana 20 Bath bersamaan dengan RM 2. Jika nilai mata wang berubah mengikut semasa, maka hendaklah dikira dengan nilai mata wang yang bersamaan dengannya.

Bahagian ke-dua: Khiar ('optian' atau kebebasan hak untuk memilih)

Khiar wujud kerana wujudnya jualan. Pembeli mempunyai hak untuk memilih atas nama jualan. Begitu juga penjual mempunyai hak ke atas barangannya samada bersetuju untuk menjual atau pun tidak.

1.Khiar Majlis. Jangkamasa khiar tidak tertentu dengan masa, hari atau bulan tetapi ditentukan dengan kehendak di antara dua pihak. Jika salah seorang di antara dua pihak ingin meninggalkan majlis, maka gugurlah khiar itu dengan sendirinya.
~Tanda seseorang itu meninggalkan majlis adalah mengikut 'uruf sesuatu kaum seperti isyarat tangan atau pergerakan anggota dan sebagainya. Seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar Ra. untuk menggugurkan khiar majlis, beliau akan berundur kebelakang sebanyak tiga langkah dan kemudian kembali ke tempat asal untuk melafazkan aqad.

2.Khiar Syarat. Jangkamasa khiar adalah tertentu dengan masa, hari atau bulan, tidak tertentu dengan perpisahan majlis. Jika tiba masa yang disyaratkan, maka gugurlah khiar.
~Pada zaman ini kita boleh melihat contoh surat¬surat granty yang jangkamasanya sehingga setahun atau lebih dan kadangkala seminggu, lebih atau kurang daripadanya.

Perbezaan pendapat di antara Imam Malik dan lain-Iainnya bahawa kesemua Imam-imam menentukan setiap jualan itu dengan khiar untuk mengelakkan penipuan dan penginayaan. Hanya Imam Malik sahaja yang membolehkan sesuatu jualan itu tanpa khiar dan jualan itu sendiri sudah berlaku seperti biasa (langganan tetap) serta kualiti dan kuantitinya telah diketahui. Contohnya Direct Selling (zaman ini). Lihat tajuk Bai'u 'ala Barnamaj (Jualan melalui Katalog), Kitab Al Mauta' Imam Malik.

Saya lebih berpegang kepada pendapat Imam¬imam yang lain kerana kebanyakan barangan seperti aset semasa itu berubah-ubah dari semasa ke semasa mengikut kadar harganya. Khiar membolehkan kita bebas membuat pilihan harga dan tawar menawar. la juga adalah sunnah Nabi Saw. ketika baginda bemiaga di Syam.

Namun demikian, setelah khiar memberi ruang kebebasan memilih kepada kita, boleh jadi akan berlaku juga penipuan. Oleh itu hendaklah dihadkan oleh syarak supaya tidak terlalu liberal dan tidak juga terlalu konservatif. Islam menggalakkan kesederhanaan di dalam setiap perkara. perniagaan walau bagaimanapun akan berlaku juga penipuan dan penginayaan jika kita tidak berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Firman Allah;

Ertinya " Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan barang-barang kemewahan yang memperdayakan serta menipu."

Penjelasan mengenai halal dan haram hanya boleh didapati di dalam kitab-kitab fekah dengan keterangan yang lengkap dan terperinci sekali. Seboleh-sebolehnya penjelasan yang panjang tanpa perincian itu hendaklah dielakkan. Maksudnya yang sebenar ialah supaya tidak menyimpang dari tajuk-tajuknya. Dengan itu kita dapat mengenali ciri-ciri tertentu mengenai barangan dan perniagaan yang halal.
~lanya hanya dapat ditentukan dengan fatwa.
Setelah mengenalinya, maka kita dapat pula membezakan yang haram dan di antara keduanya itu, pilihan kita hanyalah yang halal.

Akibat daripada orang yang mengendalikan sistem perniagaan yang diharamkan oleh syarak itu telah pun diterangkan pada bicara yang lalu dan ianya sudah memadai bagi orang yang berpemikaran tajam. Perbuatan melanggari hukum-hukum syarak itu adalah perbuatan yang zalim pada kacamata Islam.

Pertama sekali ialah perbuatan orang yang melakukan riba yang mana. Allah Taala telah perintahkan Nabi Saw. serta pengikutnya untuk memeranginya kerana ia adalah asas yang utama membentuk sistem- sistem pemlagaan haram yang lain. Sabda Nabi Saw.

Ertinya " Sesiapa yang memperolehi harta dengan cara yang haram, kemudian membelanjakan harta tersebut untuk menghubungkan silaturrahmi atau pun mensedekahkannya, sekalipun' dia menafkahkannya di jalan Allah ( nescaya Allah tidak akan menerimanya sebagai kebaikan). Allah Taala akan menghimpunkan kesemua harta itu dan mencampakkannya ke dalam api neraka." ( Riwayat Abu Daud, Hadis Mursal)

Perhatian kita kali ini ditumpukan kepada sumber kebendaan yang boleh menjadi manfaat dan juga mudarat kepada kehidupan manusia. Segala yang terkandung di atas permukaan bumi tidak terkecuali daripada tiga kumpulan :-

1.Sumber galian. Ia. merupakan sebahagian daripada bumi ini seperti logam, bahan makanan umpama garam, bahan binaan umpama batu, tanah dan sebagainya.

2.Tumbuh-tumbuhan. Sebahagian daripadanya mengeluarkan racun, yang lain pula menghasilkan ubat-ubatan dan terdapat Tumbuh-tumbuhan yang dij adikan bahan makanan.

3.Haiwan. Kebanyakan haiwan memberi manfaat kepada manusia seperti haiwan yang dijadikan kenderaan dan juga makanan. Ada di antaranya yang mendatangkan mudarat kepada kehidupan manusia.

Setiap sumber yang mendatangkan manfaat adalah halal untuk dijual, digunakan atau dimakan. Sebaliknya, setiap sumber yang membawa mudarat adalah haram pula dimiliki oleh umat Islam atau dikendalikan untuk pemiagaan. Terdapat juga sumber-sumber yang mempunyai kedudukan yang sama di dalam memberi manfaat dan juga mudaratnya tetapi hendaklah dipertimbangkan yang manakah melebihi di antara manfaat dan mudaratnya.

Pertimbangan hukum adalah tug as ulamak dalam memberi fatwanya. Contohnya seperti anjing yang haram untuk dijual atau dimiliki berdasarkan hukum naj is. Tidak semestinya hukum haram jualan anjing itu ditetapkan selama-Iamanya kerana pada sudut yang lain pula, ia memberi manfaat seperti menjaga temakan daripada kecurian dan digunakan untuk buruan. Mudaratnya hanya memberi kesan kepada ibadat dari segi najisnya yang menegah hukum-hukum ibadat itu daripada sah.

Oleh itu menjual anjing untuk selain ibadat adalah diharuskan seperti menjualnya kepada pemburu, juga peladang-peladang dan menjualnya untuk tujuan-tujuan ibadat adalah haram seperti menjual kepada jemaah haji dan umrah.

Ciri-ciri barangan yang halal untuk operasi perniagaan adalah seperti berikut :-

1.Suci daripada najis samada benda itu sendiri adalah najis seperti tahi ayam atau najis yang melekat pada benda yang suci seperti tanah yang bercampur dengan tahi ayam. Jika sesuatu benda itu boleh disucikan, maka ia adalah halal untuk dijual.
~Makanan yang cair, apabila bercampur dengan najis dan tidak boleh disucikan adalah haram.
Najis bukan untuk tujuan makanan atau ibadat tetapi dijual untuk tujuan lain yang memberi manfaat adalah halal seperti menjual tahi ayam untuk baja tanaman.

2.Bermanfaat. Jika makanan yang halal seperti roti kemudian mendatangkan mudarat dengan sebab berlapuk atau keracunan, maka jualannya adalah haram.
~Sesuatu yang boleh menghilangkan akal atau mengurangkan kesihatan seperti ubat pelali, dadah, arak dan semua jenis minuman keras adalah haram dijual atau diberikankan kepada orang lain kecuali yang memberi manfaat untuk pesakit sahaja.
~Jualan atau pun pemberian untuk tujuan selain perubatan adalah diharamkan. Contohnya ubat pelali, apabila diberikan secara berlebihan atau tidak menepati masa dan tempoh kesakitannya, maka bukanlah dapat melegakan kesakitan bahkan akan menambahkannya lagi dan terlebih memudaratkan lagi daripada manfaatnya.
~Semua jenis ubat-ubatan adalah sah dimiliki oleh tabib, doktor, jururawat atau bidang-bidang perubatan yang lain. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai keahlian dalam bidang perubatan, maka menjualnya adalah haram.

3.Hakmilik yang sah. Semua sumber yang didapati di bumi ini adalah halal apabila diperolehi manfaat daripadanya kecuali sumber yang dimiliki oleh individu umpamanya air yang berpunca dari telaga Si Fulan, maka haram mengambilnya kecuali dengan keizinan pemiliknya. ~Sumber alam ini adalah dipunyai oleh tiga pemilik ;

I.Alam kesemuanya adalah milik Allah dan Allah menjadikannya milik umum.
II.Hak milik pemerintah iaitu tanah kerajaan. Sebahagiannya dijadikan milik umum.
III.Hak milik individu.

Harta dapat diperolehi dengan enam cara yang halal iaitu;

1.Melalui sumber-sumber yang dijumpai di bumi yang tidak dipunyai oleh pemilik-pemilik individu atau pun kerajaan seperti tanah yang ditinggalkan (tidak diusahakan), tanah kerajaan yang tidak dikhususkan dan bumi asing iaitu bumi yang tidak dipunyai oleh individu atau pun kerajaan.
~Jika tanah yang dimiliki oleh individu atau pun kerajaan, tetapi tidak dimanfaatkan dan terbiar begitu sahaja, maka mengambil hasil daripadanya adalah halal. Penjelasan secara terperinci dapat dirujuk di dalam kitab Ihya-ilmaut (Menghidupkan bumi yang mati).

2.Melalui perniagaan yang berdasarkan keredhaan hati. Ia adalah halal jika disempurnakan syarat¬syarat berurusniaga, syarat-syarat aqad dan lafaz¬lafaznya serta mentaati setiap hukum syarak di dalam perniagaan dan memelihara daripada aqad yang rosak.
~Aqad yang rosak berlaku apabila sumber barangan itu diketahui oleh pembeli adalah daripada hasil yang haram seperti barangan yang dicuri atau barangan yang bukan hakmilik penjual serta tidak diizinkan oleh pemilik.
~Begitu juga dengan wang yang telah diketahui bukan hak milik pembeli. Barangan atau wang tersebut hendaklah dikembalikan kepada pemiliknya. Jika penjual atau pembeli itu enggan melakukannya, hendaklah aduan diajukan kepada pihak berkuasa kerana pihak berkuasa boleh mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersubahat.
~Penting sekali iaitu di antara syarat-syarat sah aqad ialah barangan atau wang itu halal dari sumber¬sumber yang halal samada daripada keizinan pemilik atau sumber-sumber lain yang telah dihalalkan oleh syarak walaupun tiada pemiliknya atau tanpa keizinan pemilik.

3.Diambil secara paksaan daripada orang Islam yang enggan menunaikan kewajipan hartanya seperti zakat dan nafkah yang diselewengkan daripada harta wakaf. Ini adalah halal jika mempunyai syarat-syarat kelayakannya dan. lanya disempurnakan kepada yang berhak.

4.Diperolehi secara penaklukan ke atas orang-orang kafir yang memusuhi Islam seperti Alfai (harta yang dirampas tanpa peperangan) dan Ghanimah (harta yang dirampas di dalam peperangan)
~Semua harta yang didapati daripada orang-orang kafir adalah halal kecuali yang memudaratkan tetapi dengan syarat pembahagian Khumus ( li5 ) dan diagih-agihkan kepada orang yang berhak secara adil.
~Haram merampas harta orang kafir yang menghormati Islam dan memperolehi perlindungan keselamatan serta perjanjian dengan orang-orang Islam. Penjelasan secara terperinci boleh dirujuk di dalam kitab sirah peperangan dan Jizyah.

5.Sesuatu yang diterima dengan keredhaan hati tanpa gantian (pembayaran) adalah halal apabila disempurnakan syarat-syarat barangan tersebut iaitu suci, manfaat, milik yang sah serta syarat¬syarat yang lain lagi. Perkara ini boleh dirujuk di dalam kitab Sedekah, Hadiah dan Wasiat.

6.Sumber yang didapati tanpa usaha dan ikhtiar seperti harta pusaka dengan syarat harta yang telah diusahakan oleh si mati itu adalah halal dan telah sempurna hakmilik pewaris-pewaris setelah dibahagi -bahagikan.
~Segala kewajipan-kewajipan harta yang tidak dilaksanakan oleh si mati semasa hidupnya adalah wajib ditunaikan oleh pewaris seperti hutang, zakat, haji serta kifarat dan wasiatnya.
~Harta pusaka tidak wajib dikeluarkan untuk perkara-perkara sunnat dan setelah sempurna perkara-perkara wajib, barulah berlaku pembahagian di antara pewaris-pewaris.
~Pembahagian harta pusaka boleh dirujuk di dalam kitab Faraidh.

6 ciri barangan di atas adalah sumber-sumber yang halal untuk dijual, dimiliki atau diberikan dan 3 ciri induk sebelumnya itu adalah untuk mengesahkan semua jenis aqad (agreement) :

1.Urusniaga. Aqadnya adalah dijelaskan dalam bentuk lafaz atau secara bertulis. 'Rosak aqad' itu apabila orang yang beraqad' sebenamya bukanlah pemilik barangan atau wang setelah diketahui dengan bukti kecuali berwakil dan dengan keizinan. Erti 'keizinan' iaitu di dalam kuasa, kehendak dan pengetahuan pemilik. Ini adalah sebab yang pertama.
~Sebab-sebab lain yang merosakkan aqad adalah bergantung kepada keadaan umpamanya najis pada barangan ibadat dan makanan yang menyebabkan tujuan ibadat itu tidak mencapai . manfaatnya. Jualan adalah diharuskan sekadar manfaat yang diperolehi.

2.Penukaran mata wang. Pada asalnya ia dilakukan di gedung-gedung pajak gadai kerana penggunaan mata wang emas dan perak.
~Aqad ini dijelaskan secara bertulis atau tempaan. Revolusi Dunia I telah mengubah sistem pajak gadai ini menjadi perbankan.
~Rosak aqad'nya adalah juga seperti di atas iaitu orang yang beraqad itu bukanlah pemilik wang tersebut.

3.Jualan kredit. Syarat-syaratnya ditentukan dalam tempoh jangkamasa yang tertentu sehingga aqad itu disahkan. Jika syarat-syarat itu tidak dapat dipenuhi, maka dengan sendirinya aqad itu terbatal atau rosak.
~Jika sampai tempoh yang tertentu untuk menyelesaikan hutang dan si berhutang tidak dapat melangsaikan hutangnya, maka aqad itu terbatal setelah bersumpah di hadapan hakim. Lihat keterangan pada tajuk Perselisihan faham di antara penjual dan pembelil Bahagian ke-enam.

4.Tauliah iaitu perlantikan aksekutif atau ejen-ejen pemiagaan. Aqad ini tertentu mengikut keizinan (lesen) iaitu di bawah kekuasaan pemilik.

5.Resale/Murabaha iaitu jualan semula untuk spesifik keuntungan dan jualan terus/direct saling. Aqadnya tertentu dengan harga tetap pada tahap maksimum yang telah ditampung dengan keuntungan, dihitung jumlahnya daripada kos upahan dan modal sehingga pada tahap minimum. Pada tajuk akan datang diterangkan secara terperinci. Rosak aqadnya apabila jualan tidak mengikut pelan/bamamaj.

6.Wadhi'ah/Rebat. Potongan yang diberikan sebagai cagaran berdasarkan jumlah modal, harga, hutang dan sebagainya.

7.Tasyrik/Polisi Pensyarikatan iaitu perjanjian insurans di antara syarikat-syarikat berhad. Insurans Islam adalah di antara insurans syarikat yang dipunyai oleh orang Islam itu sendiri dan makruh membuat perjanjian insurans dengan orang kafir seperti sabda nabi Saw.

" Janganlah kamu membuat perkongsian dengan Yahudi, Nasara atau Majusi! Aku bertanya 'kenapa'? Jawab Nabi Saw. 'kerana mereka melakukan riba dan riba itu tidak halal untuk kita." (Abu Jumrah daripada Ibni Abbas).

8.Sulh iaitu satu jenis perniagaan yang bertindak untuk menyelesaikan kontroversi perniagaan yang lain. Ia dinamakan perniagaan dengan sebab hakmilik yang bergerak mengikut ciri-ciri tukarganti barangan atau wang dan faedah diambil dari bahagian keuntungan untuk dijadikan insurans.
~Aqad ini ditentukan oleh seorang hartawan yang menjadi penjamin (Dhomin) melalui harta miliknya sendiri. Jika sesuatu insurans yang tidak ditentukan hakmilik, maka inilah insurans yang tidak Islamik.

Bahagian ke-empat: Insurans pada pemilik yang sah.

1.Keizinan di antara dua pemilik yang membuat persetujuan di atas gantirugi kerosakan dan lain¬lain dengan satu polisi (perjanjian) pensyarikatan .

i.Insurans yang dibuat dengan sistem Murabaha.
Contohnya: Nisbah10:11 dan 10 :12. Satu barangan berharga RM 201=(harga modal). U pahan sebanyak RM 5/= dari nisbah 80 : 20 iaitu RM 201= : RM 51=.
Nisbah harga ialah RM 25/= : RM 301= dari nisbah 100 : 120 atau 10 : 12. Jadi harga maksimum ialah RM 301= .
~ Harga minimum dikira dengan nisbah 80 : 96 dari nisbah 10 : 12 iaitu 96% daripada harga tetap 100% (RM 25/=).96% x RM25/= ialah RM 24/=. ~ Keuntungan syarikat ialah RM 4/= daripada nisbah modal 10 : 2 iaitu RM201= : RM 4/=.
~ Potongan harga dibuat daripada harga tetap tolak harga minimum, RM 25/= tolak RM24/= iaitu RM 1/=.
~ RMl/= daripada setiap harga barangan itu disisihkan sebagai insurans untuk kerosakan yang mungkin akan berlaku menyebabkan kerugian. Insurans ini adalah untuk peserta syarikat tetapi hakmiliknya adalah kepunyaan pen gurus syarikat yang menyimpannya sebagai miliknya sendiri kerana segala kerugian,• kerosakan, kemalangan dan sebagainya adalah dibawah tanggungannya.
~ Jika syarikat tersebut berurus niaga dengan syarikat lain atau ejen-ejennya, syarat pemegang insurans itu ialah pihak penjual.
~ Setiap insurans mempunyai pemilik yang dikhususkan untuk memegangnya samada perkongsian atau perseorangan. Jika tidak diketahui sumber insurans itu daripada mana¬mana hakmilik, maka sistem yang demikian itu adalah tidak Islamik.

ii)Insurans yang dibuat dengan sistem Mudarabah. Ia dihitung daripada modal. Selain daripada insurans, kesemua kos juga adalah daripada modal seperti upahan, makanan, pakaian dan lain-lain.
~ Oleh itu dalam sistem Mudarabah ini, pemilik modal tidak boleh menyerahkan modal kepadapemaga hanya sekadar mInImUm yang akan menjadi aset semasa sahaja bahkan hendaklah diberi pada tahap maksimum yang boleh menampung kesemua kos dan kerugian.
~ Insurans ini adalah diambil daripada potongan modal dan keuntungan akan menampung kesemua kos dan kerugian.
~ Insurans ini adalah kepunyaan pemilik modal dan pemilik mempunyai hak untuk melepaskan insurans tersebut kepada peniaga apabila didapati kerugian, kerosakan, kemalangan dan sebagainya. Lihatlah keterangan yang akan datang pada syarat¬syarat Mudarabah.
~ Tegahan mengambil insurans 1m daripada keuntungan yang masih belum dibahagikan adalah kerana keuntungan itu masih tidak diketahui hakmiliknya yang tertentu setelah jelas pulangan modal. Setelah keuntungan yang telah dibahagikan itu menjadi hakmilik peniaga atau pemilik modal, maka terpulanglah kepada mereka mengendalikan hak masing-masing.

ii)Insurans yang dibuat dengan sistem Hawala. Ia juga adalah satu Jems pemtagaan iaitu memindahkan milik hutang kepada pihak penjamin. Pihak penjamin akan membeli hutang itu dengan tukarganti di antara barang-barang perniagaan atau wang yang menjadi kos pembiayaan yang boleh menampung kerugian.
~ Si penghutang atau si berhutang akan menjual separuh harga setiap seorang daripada jumlah hutang semuanya kepada Penjamin dan Penjamin membayar kepada mereka keseluruhannya. Contohnya:
~ Jumlah hutang ialah RM 1,000/=. Penjamin akan membeli setiap seorang di antara mereka berdua dengan harga RM 500/= dan membayar kepada Si penghutang RM 1,500/=. Kemudian Si berhutang akan melangsaikan hutang semuanya kepada Si penghutang sebanyak RM 500/= daripada baki yang tersebut sehingga waktu yang ditetapkan.
~ Berbagai cara Hawalah boleh dilakukan.
Perumpamaannya ; Sehelai baju milik A telah dibeli oleh B secara hutang kemudian baju itu telah koyak pada sebahagiannya. A ada RM 5/= dan B ada RM 5/=. Mereka berdua menghimpunkan menjadi RM 10/= dan memberi upah kepada penjahit yang memberi jaminan kepada mereka bahawa baju itu akan dipulihkan seperti sediakala lalu penjahit (diumpamakan seorang panjamin) menampung mana yang patut sebanyak nilai RM 10/=.
~ Harga baju itu ialah RM 20/=. Jadi, kerana kos jahitannya, baju itu meningkat menjadi harga RM 30/=. A dan B telah mengeluarkan masing-masing RM 5/=. B hanya membayar kepada A RM 25/= kerana A telah mengeluarkan RM 5/=. Jadi, A sebenamya telah menjual baju itu dengan hargaRM 20/= hasil dari RM 25/= tolak RM 5/= yang dikeluarkannya dan B memiliki baju yang berharga RM30/=.
~ Jika B tidak mempunyai wang sebanyak RM 25/= untuk dibayar kepada penghutang, maka baju itu menjadi milik penjahit dan penjahit melangsaikan RM 25/= kepada A dan memulangkan RM 5/= itu kepada B. jadi, baju itu menjadi milik penjahit yang berharga RM 30/=.

Oleh itu, semua orang yang berkaitan dengan hutang, sehinggalah penjamin juga akan terhutang dengan yang lain. Namun demikian Penjamin tidak menghadapi kesulitan oleh kerana keluasan hartanya yang tidak terjejas oleh hutang itu sedikit pun. Hanyalah berlaku pertukaran milik barangan yang terhutang itu dan Penjamin setuju untuk menanggungnya.
Hendaklah diingat bahawa tidak sah menghawalahkan hutang kecuali dengan izin setiap orang yang mempunyai hak ke atas hutang tersebut. Si Penghutang dan Si Berhutang. Maksud ‘izin’ ialah di bawah kuasa, kehendak dan pengetahuan masing-masing.

Penjamin adalah seorang hartawan dan Hawalah ini tidak sedikit pun menjejaskan hartanya bahkan membenatu lagi orang yang di dalam kesempitan. Ia hanya menampung bahagian hutang yang tidak dapat diselesaikan dengan gantian yang sama nilai harganya.

Permasalahan hutang dan pertikaiannya di antara Si Penghutang dan Si Berhutang yang tidak mempunyai penjamin (insurans) boleh dirujuk secara terperinci di dalam bab ‘Perselisihan Faham Mengenai Lafaz Aqad’.

Permasalahan mengenai hutang yang diselesaikan melalui insurans adalah dihuraikan dengan panjang lebar dan terperinci sekali di dalam bab Dhoman (Jaminan). Allah Taala sendiri menjelaskan dengan beberapa ayat dan satu ayat yang panjang mengenainya di dalam surah Al-Baqarah dari ayat 273-283.

Ini adalah disebabkan ramai di antara merekaIni adalah disebabkan ramai di antara mereka yang berkaitan dengannya dan masih tidak dapat melangsaikannya serta meninggalkan rasa tidak puas hati.

Allah taala telah berfirman ;

" Dan sekiranya orang yang berhutang itu didapati payah untuk membayar hutangnya, maka tangguhlah hutangnya sehingga dia mudah membayarnya. Dan bahawa kamu sedekahkannya adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. "

Apabila si penghutang datang menuntut hutangnya, maka tidak dapat tidak, wajib ke atas si berhutang membayamya. Oleh itu, harus bagi si penghutang mengambil hutangnya tanpa keredhaan si berhutang. Ini menunjukkan bahawa orang yang berhutang, apabila menahan bayaran hutang itu dalam keadaan mampu untuk melakukannya adalah satu kezaliman (penginayaan).

Kemudian Allah Taala memberi kelonggaran terhadap hukum ini seperti firman Nya di atas bagi orang yang tidak berkemampuan. Namun demikian, hukum wajib itu tidak terbatal dan maksud 'penangguhan' iaitu memberi tempoh untuk orang yang berhutang itu mencari peluang untuk mendapatkan penyelesaiannya.

Maksud yang lain, bahawa hakim memberi 'penangguhan' untuk menyelidiki bukti ketidakmampuan si berhutang, kalau-kalau ada sesuatu daripada harta yang disembunyikan. Jika terdapat harta yang disembunyikan oleh si berhutang seperti emas dan perak, maka wajib ke atas hakim merampas hartanya itu untuk menunaikan amanahnya kepada yang berhak.

Perkara ini telah berlaku di zaman Rasulullah Saw. yang diriwayatkan oleh A-immah dengan lafaz Muslim". Seorang lelaki telah banyak berhutang dengan orang ramai, lalu Rasulullah Saw. menyuruh para sahabatnya bersedekah kepadanya tetapi masih tidak meneukupi untuk melangsaikan semua hutangnya. Maka Rasulullah Saw. bersabda '; Ambillah apa yang kamu dapati di dalam rumahnya kerana kamu tidak akan memperolehinya melainkan dengan cara ini."

Walau bagaimana pun, tidak boleh mengambil keperluan rumahnya seperti pakaian dan makanan yang tidak melebihi had yang mencukupi bagi keperluannya. Jika melebihi had keperluan si berhutang itu seperti dua buah rumah, pakaian yan berlonggokan, segala alat perabut dll, hendaklah diambil kadar yang mencukupi untuk membayar hutangnya. Tidak boleh menahan si berhutang di dalam penjara kecuali jika meragui kebenaran si berhutang itu adakah dia benar-benar susah.

Orang yang berhutang itu di dalam kesempitan. Jika kita tidak menyelidiki bukti-buktinya, ditakuti kita akan menginayainya kalau dia benar-benar susah. Apabila si penghutang mengetahui kesusahan orang yang berhutang dengannya itu, haram ke atasnya untuk terus mengugut si berhutang itu. Hendaklah dia mengajukan perkara ini kepada hakim supaya hakim membuat keputusan. Di antara hakim-hakim itu ada penjamin-penjamin yang akan melangsaikan hutangnya.

Dengan itu terdapat asnab Gharim daripada sedekah wajib (zakat) atau pun sunnat. Hakim akan menentukan samada membatalkan perjanjian hutang itu melalui penjamin-penjamin atau ditangguhkan bayaran hutan jika tiada penjamin. Kemudian terserahlah kepada si penghutang jika sampai tempoh yang ditetapkan itu, si berhutang masih lagi tidak mempunyai kemampuan untuk melangsaikan hutangnya, maka si penghutang mensedekahkan (menghalalkan)nya sahaja. Jika tidak, hakim akan mengisytiharkan muflis terhadap si berhutang dengan mengambil apa sahaja yang berada di dalam rumahnya.

Ayat di atas mengakhiri penyelesaiannya dengan perkataan 'bahawa kamu sedekahkannya adalah lebih baik bagi kamu' ialah menghalalkan dan maksud perkataan lebih baik itu ialah keuntungan di akhirat. Maksud perkataan 'jika kamu mengetahui' iaitu mengetahui keuntungan di akhirat.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Mas 'ud " Rasulullah Saw. te1ah bersabda ' Seorang lelaki telah dibawa ke mahkamah Allah untuk dibuat perkiraan amal, maka tidak didapati satu amal kebaikan pun kecuali satu kebaikan di antara pergaulannya dengan orang ramai. Dia telah memudahkan orang yang di dalam kesusahan hutang. Dia telah menyuruh hambanya untuk memaafkan orang yang telah berhutang kepadanya'. Lalu Allah Taala berfirman ' Aku adalah terlebih berhak untuk memaafkan segala kesalahannya'. Lalu lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga".

Diriwayatkan oleh Abi Qatadah bahawa dia pergi menuntut hutangnya pada seorang lalu orang itu berkata

"Saya di dalam kesusahan'. Dia pun berkata 'Allah?'. Orang itu lalu menyahut 'Allah'. Maka Abu Qatadah meriwayatkan ' Aku mendengar Rasulullah Saw. bersabda; Sesiapa yang menghendaki bahawa Allah menyelamatkannya daripada kesusahan di hari kiamat, hendaklah dia menolong orang yang di dalam kesusahan atau membatalkan perjanjian hutangnya dengan orang yang berhutang."

Berkenaan dengan penjamin bahawa sah jaminan(insurans) dengan tidak diredhai oleh orang yang dijamin. Hukum ke atas penjamin ialah harus untuk melangsaikan hutang orang yang dijamin itu. Sah bagi setiap orang yang mampu untuk membelanjakan hartanya.
Kanak-kanak, orang gila atau bodoh tidak sah menjadi penjamin kerana ia adalah ijab dengan aqad dhoman seperti juga aqad jualbeli dan sah jaminan bagi orang yang telah telah diisytiharkan muflis.

Sangat perlu penjamin mengenali si penghutang dan si berhutang, adakah si penghutang itu memperbaiki hutang itu dengan tidak menambah riba dan adakah si berhutang itu memperbaiki muamalatnya atau tidak. Sesuatu aqad yang terkandung riba adalah tidak sah.

Sah jaminan untuk selain daripada hutang seperti kadar upahan yang berpatutan dan pada ganti aqad Mudorabah(potongan modal dan pembahagian keuntungan). Lihat di dalam bab Mudarabah. Selain daripada itu lagi ialah hutang langganan, gantirugi yang terjadi disebabkan jenayah dan hutang lama yang ditimbulkan kembali.

Tidak sah sesuatu jaminan yang tidak diketahui kadar bilangan dan nilai harganya dengan uruf sesebuah negeri seperti juga harga jualbeli dan tidak sah untuk sesuatu yang tidak wajib ke atas hak orang yang berhutang dan si penghutang walau pun hukum ke atas penjamin adalah harus.

Perselisihan Faham di antara Penjual dan Pembeli

Perselisihan faham berlaku apabila lafaz ijab dan qabul itu bersalahan pada makna atau maksudnya. Salah seorang di antara keduanya mendakwa yang seorang lagi itu dengan nafi atau isbat. Salah seorang mengingkari lafaz aqad yang dahulunya dan seorang lagi mengakui.

Sabda Nabi aw.
لو ان الناس أعطو بدعويهم لادعى ناس من الناس دماء ناس وأموالهم لكن اليمين على المدعى عليه (ابن عباس)
" Sekiranya diajukan semua dakwaan orang itu, nescaya orang lain juga akan mendakwa (menuntut) darah dan harta mereka hendaklah kamu menyuruh ke atas yang tertuduh itu bersumpah (Yamin)."
Ibnu Abbas

Jika mereka bersalahan mengenai kadar harga dan tanpa saksi yang memberi bukti, maka yang tertuduh wajiblah bersumpah. Jika penjual menuduh pembeli bahawa dia membeli barangannya dengan harga 1000 dan pembeli mengingkari tuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa penjual menjual kepadanya dengan harga 2000, maka wajib kedua-duanya bersumpah.

Imam Syafie’ berpendapat " Penjual adalah diutamakan. Penjual hendaklah bersumpah terlebih dahulu." Seumpama katanya di dalam bab Shoddaq " Jika suami isteri bersalah-salahan, hendaklah suami bersumpah terlebih dahulu seperti juga di dalam penjualan." Sebenarnya hukum aqad nikah itu mendekati hukum aqad jualbeli.

Setengah mereka menyatakan tiga pendapat a) Pembeli adalah diutamakan kerana melebihi kuasanya ke atas barangan yang telah menjadi hakmiliknya. b) Sesiapa sahaja boleh diutamakan kerana tidak ada pihak yang melebihi di dalam dakwaan ke atas barangan yang dimiliki. Kedua-duanya mempunyai hak, penjual berhak ke atas barangan dan pembeli berhak ke atas wangnya. c) Penjual adalah diutamakan. Ini adalah sahih seperti yang diriwayatkan oleh Ibni Mas'ud Ra. bahawa Nabi Saw. telah bersabda:

إذا اختلف البيعان فالقول ما قال البائع والمبتاع بالخيار

"Apabila bersalah-salahan di antara penjual dan pembeli, maka perkataan yang diperhatikan ialah perkataan penjual dan pembeli mempunyai khiar." Ini adalah kerana apabila penjual itu bersumpah, maka barangan akan kembali kepadanya.

Sahabat-sahabat kita pula berpendapat bahawa pendakwaan dan saksi tidak tertentu kepada mana-mana mazhab kerana pendakwa akan mengadu kepada hakim. Oleh itu hakim berhak menentukannya dengan ijtihad. Sekiranya hakim menyuruh penjual bersumpah, hendaklah pembeli melakukan khiar dan jika hakim menyuruh pembeli bersumpah, penjual pula hendaklah melakukan khiar.

Wajib sumpah itu didahului salah satu daripada nafi dan isbat. Hendaklah sumpah itu didahului nafi kerana orang yang tertuduh itu diingkari dan maksud dakwaan itu ialah yang tertuduh. Sesetengah mereka berpendapat bahawa didahului isbat seperti hukum Li'an.
Ada orang bertanya "Adakah boleh dihimpunkan sekali di antara nafi dan isbat di dalam sekali sumpah ? Jawapannya ada dua bentuk; i) boleh berhimpun nafi dan isbat di dalam sekali sumpah kerana terdapat nash-nash hadis di dalam kitab Umm.

Cara tersebut di atas lebih memudahkan hakim untuk membuat keputusan kerana terdapat muslihat yang berguna. Oleh itu penjual bersumpah " Demi Allah ! Saya tidak menjual dengan harga 1000 tetapi saya menjual dengan harga 2000". Pembeli pula bersumpah dengan makna yang bercanggahan sebagai mengingkari sumpah penjual " Saya tidak membeli dengan harga 2000 tetapi saya membeli dengan harga 1000".

Sekiranya pembeli bersumpah hal keadaan sumpahnya itu bersamaan maknanya dengan sumpah penjual, maka penjual adalah di pihak yang benar dan keputusan dilakukan ke atas penjual. Jika pembeli ingin bersumpah sekali lagi hendaklah mereka berdua bersumpah sekali lagi dan penjual membuat kala pilihan (khiar).

Nafi diasingkan dengan sekali sumpah dan isbat dengan sekali sumpah kerana dakwaan adalah dilakukan terhadap satu aqad dan tuduhan pula terhadap satu aqad lain, maka yang demikian memerlukan dua kali sumpah kerana jika ia berhimpun di dalam sekali sumpah, nescaya penjual akan bersumpah secara isbat sebelum pembeli melakukan kesilapan di dalam sumpahnya secara nafi seperti kata penjual " Saya menjual 2000" dan kata pembeli "Saya tidak membeli 2000". Cara demikian tidak diharuskan oleh syarak oleh kerana sukar menyatakan bukti yang tepat.

Cara yang sebenar ialah penjual bersumpah secara nafi seperti katanya "Saya tidak menjual 1000" dan kata pembeli " Saya tidak membeli 2000". Jika pembeli melakukan kesilapan di dalam sumpahnya dengan perkataan "Saya tidak membeli 1000", maka penjual akan bersumpah sekali lagi secara isbat bahawa dia telah menjual dengan harga 2000". Keputusannya yang muktamat ialah penjual telah menjual kepada pembeli dengan harga 2000. Perkara-perkara di atas hanyalah muslihat yang memudahkan hakim untuk membuat keputusan.

Apabila kedua-duanya telah bersumpah, dengan sendirinya wajib terbatal urusniaga tersebut, kerana tidak mungkin berlaku urusniaga lagi bersama sumpah seperti juga hukum pembatalan nikah yang disebabkan sumpah Li'an.

Pendapat yang kedua adalah terlebih sahih kerana terdapat nash-nash hadis yang menyatakannya iaitu tidak batal urusniaga beserta sumpah. Secara lojik, urusniaga pada hakikatnya telah menyatakan apa yang berlaku ke atas harga barangan yang sedia diketahui. Oleh itu tidak akan batal urusniaga tersebut beserta sumpah kerana bukti adalah terlebih kukuh daripada sumpah.

Hendaklah ada di antara hakim, seorang yang arif melihat tindakan dan perkataan orang yang mendakwa dan yang tertuduh itu kalau-kalau didapati suatu kesamaran. Mereka adalah saksi-saksi yang mengeluarkan bukti daripada setiap dakwaan dan tuduhan.

Kemudian setelah ditetapkan di antara kedua pihak dengan satu bukti yang kukuh ke atas sesuatu dakwaan, tidak akan berlaku pembatalan urusniaga tersebut pada sumpah yang pertama kalinya. Pada pembatalan ini terdapat dua bentuk; i) Hakim berhak membuat keputusan secara ijtihad. Ini adalah ruangan yang diperlukan oleh Hakim. ii) Pembatalan urusniaga adalah bergantung kepada lafaz-lafaz aqad dan hakim cuba untuk mendapatkan bukti penginayaan melalui bukti yang sah daripada pembeli dan penjual.

Sekiranya mereka bersalahan mengenai harga setelah rosak barangan itu di tangan pembeli, hendaklah mereka berdua bersumpah dan urusniaga terbatal dengan sendirinya kerana tujuan sumpah ialah untuk mengukuhkan bukti penginayaan dan asal daripada buktinya ialah kerosakan barang tersebut.

Perbalahan ini wujud setelah kerosakan, maka wajib mereka bersumpah. Di dalam sumpah itu, kita rujuk kepada susut tambah nilai, bagaimana nilai harga diukur melalui kerosakan. Terdapat dua bentuk pada demikian itu ; i) Nilai harga pada ketika kerosakan. ii) Nilai harga pada ketika membeli sehingga pada ketika kerosakan.

Kita telah sebutkan di atas, dua bentuk barangan yang rosak dan urusniaga yang terbatal. Jika berlaku pertambahan nilai harga (sebagai gantirugi) seperti yang didakwa oleh penjual, maka itulah semestinya jika yang tertuduh itu ialah penjual. Ini tertentu pada granty sesuatu barangan.

Abu 'Ali bin Khairan berpendapat "Tidak akan wujud pertambahan nilai harga dan tidak mesti penjual menambah nilai harga kerana penjual bukan pendakwa tetapi dia didakwa. Perkataan yang diambil ialah perkataan pembeli kerana pembeli yang mengalami kerugian. Pembeli menuntut gantirugi.

Tetapi hendaklah diingat bahawa penjual juga akan mengalami kerugian sebab barangan tersebut adalah dijamin berkualiti dan kerosakan berlaku di tangan pembeli. Contohnya, harga jualan barang itu 1000. Apabila barangan itu rosak, maka pembeli menuntut gantirugi. Penjual menggantikan barangan yang lain, jenis yang sama berharga 1000 juga. Jadi, nilai harga barangan itu bertambah menjadi 2000. Penjual akan mengalami kerugian. Maka di sini, perkataan yang diambil ialah perkataan penjual.

Jika mati penjual atau pembeli, lalu waris keluarga mereka bersalah-salahan, maka hendaklah mereka juga bersumpah kerana harta itu berpindah milik kepada pewaris. Ulamak bersalahan pendapat mengenai wakil jualan kerana mereka tidak mempunyai hakmilik ke atas barangan, maka tidak perlu mereka bersumpah.

Sekiranya penjual dan pembeli bersalahan mengenai kuantiti barangan, sumpah adalah seperti juga sumpah pada percanggahan harga yang telah disebutkan dahulu. Jika mereka bersalahan mengenai jenis barangan, maka ada dua pendapat ; a) Mereka hendaklah bersumpah kerana 'jenis' adalah juga terkandung di dalam lafaz aqad, seorang mendakwa dan seorang mengingkari, sama juga seperti 'kuantiti'. b) Tidak mesti dilakukan dengan beberapa kali sumpah tetapi sudah memadai sekali sumpah. Penjual hanya mengatakan bahawa dia tidak menjual kereta dan pembeli hanya mengatakan bahawa dia tidak membeli motosikal kerana ia hanyalah perselisihan pada asas aqad mengenai jenis kenderaan.

Penyelesaiannya hanyalah perkataan sesiapa yang mengingkari dakwaan tersebut, penjual atau pembeli. Jika penjual memberi bukti bahawa dia menjual motosikal, tidak menjual kereta, maka wajib ke atas pembeli membayar harganya kalau motosikal itu berada di tangan pembeli.
Jika motosikal itu berada di tangan penjual, maka ada dua pendapat ; a) Hendaklah pembeli menyelesaikan bayarannya jika dia menghendaki motosikal tersebut. b) Jika pembeli enggan menuntut pembeliannya dan deposit berada di tangan penjual, hendaklah penjual menyerahkan kepada hakim supaya hakim mengembalikannya kepada pcmbeli.

Jika mereka bersalahan mengenai syarat khiar, hutang, gadai atau pada kadar bayaran, hendaklah mereka berdua bersumpah seperti juga perselisihan harga jualbeli. Perselisihan mengenai syarat yang telah ditetapkan akan merosakkan agreement (aqad). Ada dua bentuk percanggahan yang terbina atas dua perkataan di dalam lafaz aqad ; i) Perkataan pendakwa kerana pada asalnya perkataan itu tidak bercanggahan. ii) Perkataan pendakwa lain yang bercanggahan dengan perkataan asal.

Jika barangan dijual dengan harga hutang, kemudian bersalah-salahan di antara bayaraan dan penyerahan barangan seperti perkataan penjual "Saya tidak akan menyerahkan barangan itu sehingga kamu menyelesaikan bayarannya" dan pembeli berkata "Saya tidak akan melangsaikan bayarannya sehingga kamu menyerahkan barangan tersebut", maka ada tiga pendapat mengenainya ;

a) Setiap seorang wajib menyerahkan dan membayar sekaligus semua harga hutang.

b) Jika tidak dapat dilangsaikan kesemuanya sekali gus, maka hakim akan berkata " Tukarkanlah di antara kamu sekadar harga emas yang bersamaan dengan harga perak."

c) Utamakan barangan daripada perjanjian hutang (zimmah) kerana barangan itu wujud dan bayaran adalah bergantung kepada kemampuan pembeli tetapi penjual boleh menambah harga barangan sebagai gantirugi perniagaan jika tidak ada penjaminnya seperti di dalam hukum Ghasab.

Hendaklah diketahui bahawa Ghasab (rampas/makna dalam bahasa dan dalam istilah perniagaan) ialah penambahan harga barangan dengan sebab hutang atau kerosakan dan ia seolah-olahnya riba. Hanya perbezaannya dengan riba ialah 'niat'. Penjual atau penghutang tidak berniat untuk mengembalikan pertambahan harga asal dan itulah riba.

Berbanding dengan Ghasab iaitu penjual akan berniat untuk mengembalikan semula pertambahan itu kepada pembeli setelah dirasai ringan segala bebanan hutang atau kerugiannya dan dia tidak berjanji bilakah masa untuk mengembalikannya. Jika dia mati apa yang telah dibelanjakan itu adalahh halal.

Perumpamaan untuknya ialah seperti orang yang merampas kain kemudian menjahitnya, menyulam dan mencelupnya sehingga kain itu menjadi cantik. Maka pemiliknya mendakwa mengenai kainnya dan meminta kain itu dikembalikan seperti asal. Jika dikembalikan seperti asal, nescaya kain itu akan rosak apabila ditanggalkan jahitannya dan dicuci pencelupnya.
Apabila kain itu rosak, pemilik menuntut gantirugi kerosakan. Jika kain itu tidak dikembalikan seperti asal, maka tidak perlu pemilik membayar upah jahitan tersebut. Jika dia hendak membayar upah jahitan itu pun tidak mengapa. Begitulah perumpamaannya.

Sekiranya pembeli telah membayar separuh harga, maka ada dua pendapat mengenainya.

1.Penjual tidak boleh menambah harga barangan kerana ia seolah-olah tertanggung oleh hutang dan bayaran yang separuh itu talah meringankan bebanan hutangnya seperti mana juga dalam hukum pajak gadai.

2.Penjual boleh menambah harga hutang kerana ia bukanlah seperti pajak gadai.
Perbezaannya ialah ‘Perniagaan adalah tukar hakmilik barangan dengan bayaran harga barangan tersebut dan asal hakmilik ialah penjual’ mmanakala ‘Pajak Gadai ialah hutang wang dengan disandarkan emas dan perak untuk sementara waktu yang ditetapkan sehingga hutang itu dilangsaikan dan asal hakmilik ialah Penggadai.

Oleh itu pendapat yang pertama lebih aula dan pendapat kedua lebih ‘Rajih’(cenderung) kepada hukum Ghasab (menambah harga hutang). Ia tidak tertentu kepada mana pun hukum kecuali dalam keadaan Dharurat(terdesak).














3) Sistem Mudharabah