Thursday, June 17, 2010

Huraian kitab Tauhid

باب قول الله تعالى: وما خلقت الجن والنس إلا ليعبدون


Bab : Firman Allah "Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku". (al zariyaat 56)


وعن معاذ بن جبل رضي الله عنه قال : كنت رديف النبي صلى الله عليه وسلم على حمار فقال لي: (يا معاذ أتدري ما حق الله على العباد، وما حق العباد على الله؟ فقلت: الله ورسوله أعلم. قال: حق الله على العباد أن يعبدوه ولا يشركوا به شيئا، وحق العباد على الله أن لا يعذب من لا يشرك به شيئا، فقلت: يا رسول الله أفل أبشر الناس؟ قال: لا تبشرهم فيتكلوا) أخرجاه في الصحيحين


Daripada Mu'az bin Jabal r.a. katanya "Kami mengekori Nabi s.a.w. di belakang himar Baginda. Sabda Baginda terhadapku (Hai Mu'az, tidakkah kau ketahui hak hamba terhadap Allah dan apa pula hak Allah terhadap hamba?) Maka aku menjawab ; Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Sabda Baginda (Hak hamba terhadap Allah ialah bahawa mereka menyembah Allah dan tidak mensyirikkan sesuatu dengan Allah dan hak Allah terhadap hamba bahawa Allah tidak mengazab orang yang tidak mensyirikkan sesuatu denganNya,) maka aku bertanya ; Adakah aku akan menyampaikan berita gembira ini kepada orang ramai? Jawab Baginda (Jangan sampaikan berita gembira ini, kepada orang ramai, kelak mereka hanya berpegang padanya dan tidak mahu beramal.) Dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.


1) Hikmah pada kejadian jin dan manusia.

2) Ibadah yang dimaksudkan ialah Tauhid kerana ada pertikaian mengenainya.

3) Jika tidak ada Tauhid tidak dinamakan menyembah Allah. Perbahasan ini seperti makna di dalam firman Allah Taala. Surah Al Kafiruun ayat 3.

4) Hikmah diutuskan para rasul.

5) Risalah Rasulullah s.a.w. untuk sekelian umat.

6) Agama para nabi adalah satu.

7) Persoalan yang besar bahawa tidak akan terhasil penyembahan kepada Allah tanpa mengingkari Taghut seperti makna firman Allah Taala. Al Baqarah 256.

8) Taghut adalah umum makna bagi setiap sesuatu yang disembah selain Allah.

9) Keagungan 3 ayat Muhkamat di dalam surah Al An'am pada pandangan ulamak salaf. Terdapat 10 persoalan mengenainya, pertama sekali tegahan terhadap syirik.

10) Ayat-ayat Muhkamat dalam surah Al Isra. Terdapat 10 persoalan dimulai dengan firman Allah Taala "Janganlah kamu adakan tuhan yang lain di samping Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah)". Al Isra 22 dan disudahi dengan firman Allah "Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu. Dan janganlah kamu mengadakan tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu dilemparkan ke dalam neraka dalam keadaan tercela lagi dijauhkan (dari rahmat Allah)". Al Isra 39. Allah s.w.t. memperingatkan keagunganNya seperti di dalam ayat ini " Itulah sebagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu".

11) Ayat di dalam surah An Nisa dinamakan ayat 10 hak dimulai dengan firman Allah " Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun." An Nisa 36.

12) Peringatan terhadap wasiat Rasulullah s.a.w. ketika Baginda hampir wafat.

13) Mengenal hak kita terhadap Allah Taala.

14) Mengenal hak Allah terhadap hamba apabila hamba menunaikan hakNya.

15) Suatu persoalan yang tidak diketahui oleh kebanyakan para sahabat.

16) Harus menyembunyikan ilmu untuk kebaikan.

17) Galakan menyampaikan berita gembira kepada kaum muslimin tentang apa yang dirahsiakan.

18) Bimbang orang yang berpegang hanya kepada keluasan rahmat Allah.

19) Pendapat tentang orang yang ditanya mengenai apa yang tidak diketahui lalu berkata : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

20) Harus mengkhususkan ilmu untuk sebahagian manusia.

21) Sifat tawadhuk(merendahkan diri) Baginda s.a.w. mengenderai himar bersama orang yang mengekori Baginda.

22) Harus mengekori himar.

23) Kelebihan Mu'az bin Jabal.

24) Semua persoalan yang penting.

1)Hikmah Allah menciptakan jin dan manusia ialah ibadat kepada Allah Taala kembali kepada keagungan Allah dan kesudahan yang terpuji. Allah Taala tidak menciptakan semua ini dengan sia-sia kembali kepada kebijaksanaanNya dan jika jin dan manusia mensia-siakan ciptaan Allah, maka Allah akan bertanya dan membuat perhitungan terhadap mereka.

2) Ibadah yang dimaksudkan di sini ialah tauhid kerana tidak sah ibadat tanpa tauhid kepadaNya. Firman Allah Taala;

" Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa". An Nur 55

Ibadah yang dimaksudkan ialah perasaan merendah diri terhadap Allah kerana kasihkah keagunganNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan menjauhi segala tegahanNya. Firman Allah Taala :

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. At Taubah 31

Inilah hikmah penciptaan jin dan manusia dan atas ini, siapa yang keras hati terhadap Allah dan menyombongkan diri dari mengakui keesaan keagunganNya maka sebenarnya telah mencampakkan hikmah ini yang mana Allah telah ciptakan keduanya untuk ini iaitu ibadah tauhid. Mereka hanya menyangka bahawa Allah menciptakan makhluknya sia-sia.

3) Jika tidak kerana tauhid tidaklah dinamakan ibadah/menyembah Allah. Perbahasan ini seperti makna di dalam firman Allah Taala. Surah Al Kafiruun ayat 3.

Surah ini menjelaskan berlepas tangannya orang mukmin dari amalan yang dilakukan oleh orang yang mensyirikkan Allah Taala (Musyrik). Dia sebenarnya memerintahkan kita mengikhlaskan hati. (Tafsir Al Qurtubi m.s 1025)

4) Hikmah diutuskan para rasul. Semua para rasul diutuskan untuk menyeru manusia kepada kalimah tauhid.

5) Risalah Rasulullah s.a.w. untuk sekelian umat. Firman Allah Taala "Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam." Al Anbia 107.




No comments :

Post a Comment